Gambar pengantin:
Soalan:
--- rosli hassan <rosli_f100@hotmail.com> wrote: >
assalammualaikum,
saya rosli bin hassan mempunyai 2 soalan untuk di ajukan kepada en. Raai.
1. saya seperti encik kamal ahmad membuat part time dengan mengambil gambar
pengantin dan masih muda dalam bidang ini. sekitar 3 tahun. masalah saya ialah
bila berhadapan dengan pengantin, saya menjadi kaku untuk possingkan pengantin.
Selalunya mak andam akan possingkan pengantin dan saya hanya mengambil gambar
dengan pelbagai sudu. saya sering melihat kawan kawan saya
mengambil gambar pengantin dan dia (kawan-kawan) mempossingkan pengantin.
Kekadang saya malu dengan diri sendiri kerana sudah lebih 3 tahun masih tak
ampu untuk mempossingkan pengantin. boleh tak en. Raai memberika tip terbaik
bagaimana utk mengatasi masalah saya.
2. saya juga masih lagi menghadapi masalah bayang di belakang pengantin.
saya selalunya menghadapi masalah bila mengambil gambar di rumah Felda
(rumah papan yg tidak bersyiling). gambar yang selalunya saya ambil gelap
dan berbayang sungguh tebal. saya tidak dapat menyertakan gambar tersebut
kerana ketiadaan Scanner.gambar lebih kurang gambar
en.kamal ahmad. saya menggunakan kamera jenis nikon F100, lens nikkor
28-105mm dan flash SB80dx. saya selalunya menggunakan mood TTL pada Flash
dan program pada kamera. sudi kiranya en.Raai memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada saya.
Jawapan:
Assalamualaikum
Soalan pertama:
Malu boleh dielak dengan menjadikan pengantin sebagai
rakan kita, saudara mara kita. Jadi seorang jurufoto
yang peramah. Sebab itu anda boleh lihat semua
jurufoto orangnya peramah. Biar orang VIP semua kita
kena ramah! Buang masalah rendah diri, pendiam, malu.
Atau satu cara peringkat awal bawa kawan dan yang
pasti dia mesti dapat imbuhan!!! Jangan kosong saja
nanti dia tak mau ikut lagi. Paling tidak RM 50..00?.
Kalau ada adik, anak, anak saudara maka jadikan dia
kawan jadi semasa di rumah org kawin kita ada teman
berbual. Itu sekadar cadangan yang penting anda mesti
latihkan diri menjadi peramah. Kalau tidak, payah.
Anggapkan anda kerumah orang kawin tu di kampung/taman
sendiri. Jadikan pengantin sebagi sahabat yang mungkin
sudah lama dikenali?
Soalan kedua:
Ini mungkin salah satu soalan yang kerap ditanya.
Jawapan sudah ada dalam kolom soaljawab. Cuma saya
ingin menambah jika semua masalah itu tidak boleh
diatasi, sila keluarkan sedikit modal dengan
membelikan lampun studio. Kerana lampu studio kaedah
terbaik untuk masalah bayang ketika merakam gambar.
Harganya boleh diperolehi dalam lingkungan 1,000
hingga 2,000? Terima kasih kita jumpa lagi.